Categories
Uncategorized

Industri automotif

Industri automotif

merangkumi apa-apa bidang yang berkaitan kenderaan bermotor, dan ia merupakan sektor ekonomi terpenting dalam hasil pendapatan. Namun istilah industri automotif selalunya tidak termasuk industri lain yang berkaitan kenderaan selepas kenderaan bermotor dihantar kepada pengguna seperti bengkel kereta dan stesen minyak.

Trend penggunaan

Lebih kurang 250 juta kenderaan digunakan di Amerika Syarikat. Di seluruh dunia, terdapat lebih kurang 806 juta kereta dan lori ringan pada tahun 2007, menggunakan lebih 260 bilion gelen bahan api petrol dan diesel setiap tahun. Sesetengah pihak berpendapat bahawa sistem pengangkutan awam bandar terbukti tidak berdaya tahan, menggunakan tenaga berlebihan, memberi kesan terhadap kesihatan populasi, serta menawarkan tahap perkhidmatan yang semakin menurun walaupun dengan pelaburan yang semakin meningkat. Kebanyakan kesan negatif tersebut tertumpu kepada kumpulan sosial yang kurang cenderung memiliki serta memandu kereta.Pergerakan pengangkutan yang berdaya tahan tertumpu kepada penyelesaian terhadap masalah tersebut.

Cawangan Detroit bagi Kumpulan Konsultan Boston meramalkan bahawa, menjelang tahun 2014, satu pertiga daripada permintaan dunia tertumpu kepada empat negara BRIC (Brazil, Rusia, India dan China). Pasaran automotif lain yang berpotensi untuk berkuasa ialah Iran dan Indonesia. dan berikut ini table pengeluaran kendaraan bermotor didunia.


Pengeluaran kenderaan bermotor sedunia

Mengikut tahun

Pengeluaran kenderaan bermotor dunia

(kereta dan kenderaan komersial)

TahunPengeluaranPerubahanSumber
199752,987,000 [7]
199857,987,000-2.70%[7]
199956,258,8922.98%[8]
200058,374,1623.80%[9]
200156,304,925-3.50%[10]
200258,994,3184.80%[11]
200360,663,2252.80%[12]
200464,496,2206.30%[13]
200566,482,4393.10%[14]
200669,222,9754.10%[15]
200773,266,0615.80%[16]
200870,520,493-3.70%[17]
200960,986,985-13.50%[18]

Leave a Reply

Your email address will not be published.